Khamis, 31 Mac 2022

WAKAF PEMBANGUNAN MADRASAH LIL BANAT (PEREMPUAN) MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL-MUHAMMADI

MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL-MUHAMMADI dengan rendah hati membuka saham akhirat WAQAF BAIKPULIH BANGUNAN PELAJAR PEREMPUAN yang akan menempatkan lebih 120 orang pelajar.

KOS YANG DIPERLUKAN:
1. Pendawaian semula elektrik keseluruhan bangunan (Asrama, 2 tingkat,surau dah kantin) | RM120,000
2. Membaikpulih struktur bangunan yang telah usang | RM30,000
3. Baikpulih seluruh sistem air, tandas & kumbahan | RM10,000
4. Mengecat keseluruhan bangunan | RM25,000
5. Membina pagar, longkang,jalan & jambatan | RM75,000
6. Membina & menyiapkan tandas baru untuk pelajar (20 tandas) | RM70,000

JUMLAH ANGGARAN KOS KESELURUHAN RM360,000

3,600 Lot Wakaf

(1 Lot Wakaf = RM100)

SALURKAN WAKAF ANDA KE AKAUN:

MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL-MUHAMMADI

MAYBANK
5620 9405 0271

ATAU

BANK ISLAM
1205 6010 0297 82

HANTAR BUKTI PEMBAYARAN UNTUK DAPATKAN RESIT & NO. LOT WAKAF:

USTAZ ZAINAL




Rabu, 26 Disember 2018


GAMBAR  MAAHAD KETIKA TERBAKAR

Foto Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi.

GAMBAR TERBARU PEMBINAAN BANGUNAN MAAHAD











MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL-MUHAMMADI

Maahad Tahfiz Darul Itqan Al- Muahammadi terletak di Sabak Bernam masih memerlukan sumbangan kewangan derma, wakaf dan doa sokongan tuan-tuan,
Setakat ini pebinaan sebuah bangunan 2 tingkat telah mencapai 60%, meliputi 15 buah bilik asrama, pejabat bilik guru, bilik rawatan, sebuah dewan besar dan perpustakaan. Semua kos pembinaan menelan belanja RM 2juta.

Yakinlah bahawa setiap ringgit yang kita belanjakan akan membesarkan mahligai kita dalam syurga.

Salurkan sumbangan  tuan-tuan ke akaun:
MAYBANK atas nama Tabung Pembangunan Darul Itaqan
No. Akaun: 562094054761

BANK ISLAM atas nama Maahad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi
no. Akaun: 12056010029782

Untuk sebarang keterangan lanjut boleh berhubung dengan Mudir di no. telepon
012-3524420(Ust. Sharif)

Rabu, 19 Disember 2018


BERITA GEMBIRA !!!

TAWARAN PENGAMBILAN  PELAJAR BARU 2019 HAFIZ/HAFIZAH &
ALIM/SYARIAH  SECARA PERCUMA HANYA DI MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL MUHAMMADI
Jalan Muhammad Kg Batu 40, Sabak Bernam, Selangor

Pengajian sepenuh masa tanpa yuran, khusus untuk pelajar yang berkelayakkan seperti dibawah:

Syarat- syarat kemasukan:-
1- Pelajar Cemerlang(6A dalam UPSR atau Mumtaz dalam UPSRA)
2- ASNAF Fakir dan Miskin
3- Anak Yatim
4- Mualaf
5- Yuran rendah bagi mereka yang menghantar lebih 2 orang anak


Syarat-syarat kemasukan untuk pelajar-pelajar Hafiz/Hafizah:

1- Lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 18 tahun.
2- Lancar membaca al-Quran.
3- Mahir dalam pembacaan dan menulis rumi dan jawi.
4- Minat yang mendalam untuk menjadi Hafiz & Hafizah
5-Tiada masalah disiplin.
6- Lulus temuduga pihak madrasah.


Bagi  pelajar berkemampuan: 
Pendaftaran: RM320 
Yuran Bulanan: RM280

Tempoh pengajian ialah 3 tahun, berasrama penuh serta makan dan minum disediakan.

Antara pengisian lain yang kami susunkan untuk para pelajar adalah mata pelajaran tambahan seperti; 
* Fiqah, Tauhid, Tajwid dan Tasawuf.
* Disamping itu kami juga menyediakan kelas bahasa Arab dan Urdu serta
   cara berdakwah secara amali mengikut sunnah-sunnah Nabi saw.

Kemahiran hidup sepanjang hayat:-
* Memasak
* Menjahit
* Pertanian dll


Bagi pengajian Alim/ Syariah, Pengajian Bahasa Arab (ilmu nahu /sorof), pengajian ilmu Hadis, Tafsir serta pemantapan penggunaan Bahasa Arab yang terbaik . MTDIM menyediakan guru-guru yang mahir dari dalam dan luar negara. 

REBUTLAH PELUANG INI.

Tarikh pendaftaran: 01 January 2019

Hubungi Segera:
Tel: 012 3524420
(UST. Mohd Sharif)
pengetua MTDIM

Sabtu, 15 Disember 2018

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI TAHUN 2019

Pengambilan pelajar baru tahun 2019 terbuka untuk semua pelajar dari dalam dan luar negara khusus untuk pengajian Alim / Syari`ah / hafiz dan hafizah. MTDIM membuka peluang kepada semua pelajar yang berminat lelaki dan perempuan berumur antara 10-15 tahun dgn syarat-syarat yang telah ditetapkan.

PENGAJIAN ILMU NAHU DAN SARAF YANG TERUNGGUL
          Maahad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi Sabak Bernam adalah salah satu Maahad/Madrasah yang menawarkan pengajian terunggul dan terbaik di Malaysia. Dalam masa 2 tahun sahaja pelajar akan mahir di dalam ilmu nahu dan saraf bersama kaedah Bahasa Arab dan mampu membaca kitab-kitab arab yang tidak berbaris.
Pelajar juga mampu menulis dan bertutur didalam Bahasa Arab dengan baik. Rebutlah peluang keemasan ini untuk anak-anak anda. Semoga pada masa akan datang ia menjadi ulama’ yang berwibawa dan cemerlang. 








Sesi temuduga akan bermula pada 1 January 2019 hingga 28 January 2019 
Waktu pejabat : 9 pagi hingga 4 ptg
Borang permohonan boleh didapati di pejabat MTDIM.





Jumaat, 1 Disember 2017

PENGAMBILAN PELAJAR BARU TAHUN 2018

Pengambilan pelajar baru tahun 2018 terbuka untuk semua pelajar dari dalam dan luar negara khusus untuk pengajian Alim / Syari`ah / hafiz dan hafizah. MTDIM membuka peluang kepada semua pelajar yang berminat lelaki dan perempuan berumur antara 10-15 tahun dgn syarat-syarat yang telah ditetapkan.





Sesi temuduga akan bermula pada 4 Disember 2017 hingga 28 Disember 2017 
Waktu pejabat : 9 pagi hingga 4 ptg
Borang permohonan boleh didapati di pejabat MTDIM.

Jumaat, 10 November 2017

MAJLIS HAFIZ AL-QURAN PELAJAR MTDIM

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-NYA kerana Mahaad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi(MTDIM)sekali lagi berjaya melahirkan seorang lagi hafiz bernama Ahmad Adzim Naqib Bin Ahmad Shaufie pada 7 November 2017 hari Selasa.Majlis telah di adakan di dewan besar MTDIM pada jam 3:00 petang yang dihadiri oleh semua pelajar MTDIM dan guru-guru MTDIM.Ahmad Adzim Naqib telah menghantar hafalan sabak terakhir beliau kepada Maulana Muhammad Sharif mudir MTDIM.Lebih manis kejayaan ini dikongsi dengan kehadiran ke dua ibu bapa Ahmad Adzim dari Teluk Intan Perak.JazakallahuKhairanKatseera kepada guru yang tidak jemu dan  membimbing beliau iaitu Ustaz Saed-ur-rahman dari Pakistan.Besarlah harapan pihak MTDIM supaya beliau dapat mengekalkan hafalan Al-Quran dalam dirinya seterusnya mengamalkan keseluruhan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan beliau.

Sekian.










Sabtu, 21 Oktober 2017

Tukang Masak Madrasah

DIKEHENDAKI SEGERA!!!! SEORANG TUKANG MASAK BERKHIDMAT DI MAHAAD TAHFIZ DARUL ITQAN BATU 40,SABAK BERNAM SELANGOR.

KELAYAKAN
Menjaga solat 5 waktu
Lelaki
Umur 30 tahun ke atas(bawah 30 boleh dipertimbangkan)
berpengalaman memasak masakan skala 60 orang ke atas
Menjaga kebersihan
Mempunyai kenderaan dan lesen memandu
Mengawal selia bahan masakan & makanan
Imbuhan permulaan RM1000++

Kemasukan bulan 11!!!
Berminat sila hubungi Ustaz Zainal
011-4066 6246 untuk sesi temuduga.



Jumaat, 15 September 2017

Simpati

Pihak Maahad Tahfiz Darul Itqan Muhammadiah (MTDIM) turut menumpang rasa dukacita dan kesedihan di atas kejadian yang menimpa Madrasah Tahfiz Darul Ittifaqiyah beralamat di No 75 Jalan Keramat Hujung,Dato Keramat Kuala Lumpur pada 14hb September 2017.Seramai 21 orang pelajar lingkungan 11 hingga 16 tahun beserta 2 orang guru warden telah terkorban dalam kebakaran awal pagi subuh.Hal ini mengingatkan kita pada kejadian kebakaran MTDIM pada tahun 2016 yang lalu.Walaupun tiada kemalangan jiwa yang berlaku kepada kami tetapi tetap memberi kesan yang mendalam pada warga MTDIM.Sumbangan Kebakaran Bencana masih lagi dibuka oleh pihak kami.Urusan sumbangan boleh di buat ke AKAUN MAYBANK ISLAMIC BERHAD atas nama Tabung Pembangunan Darul Itqan(No Akaun 562094054761) Sekian!

Rabu, 13 September 2017


MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL-MUHAMMADI Kampung Batu 40, Sabak Bernam, Selangor GPS: 3.766576, 100.975802 Pengambilan Kelas Alim/Syar’iah/Hafiz/Hafizah Dibuka Sekarang! Pendaftaran RM320 Yuran RM280 Terhad untuk 40 pelajar sahaja Tarikh Pendaftaran: 12hb SEPTEMBER 2017 Sebuah pusat pengajian Tahfiz dan agama yang terbaik dalam ilmu Nahu dan Sorof. Mahir dalam Feqah Syafi’i, Empat Mazhab, Ilmu Hadith dan Tafsir. Menerima lanjutan pelajar tahun 2 dan 3 dari Maahad lain. Syarat-syarat Pemohon: Lelaki umur 12 hingga 18 tahun, boleh membaca al-Quran dan tiada masalah disiplin. Syarat-syarat Pemohon Hafizah: Perempuan berumur 12 hingga 16 tahun, boleh membaca al-Quran dan tiada masalah disiplin. Hubungi: Pej. +60332161129 Us. Zainal +601140666246 012-3524420 (Ust Sharif) - Layari: www.mt-darulitqan.blogspot.my Bagi Zon Utara (Tahfiz), sila hubungi Darul Ulum al-Ilmiyah, Wang Tepus Ustaz Yusri +60194750564
ASSALAMUALAIKUM W.R.T.H


Selamat Menyambut Hari Malaysia tidak lama lagi.Marilah kita kekalkan kesepaduan antara kita rakyat Malaysia.